Tutup

Cyberjaya jadi bandar teknologi dron

Cyberjaya mengorak langkah sebagai zon percubaan dron pertama di Malaysia dengan penganjuran Ekspo Mydrone X pertama yang mengumpulkan pakar, pengawal selia dan pemain industri teknologi dron. Ekspo anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan Futurise itu berhasrat untuk menggerakkan usaha mewujudkan ekosistem terbaik bagi memacu industri dron di negara ini.