Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Aerosense, syarikat kerjasama Sony umum prototaip dron

Aerosense iaitu syarikat kerjasama Sony pada Isnin melancarkan prototaip sebuah dron yang akan digunakan untuk perkhidmatan kepada pelanggan perniagaan mereka. Dron dengan rekabentuk kapal terbang itu mampu berlepas dan mendarat secara menegak serta mampu terbang lebih dua jam pada kelajuan 170 kilometer sejam.