BERITA baik buat peminat konsol permainan video keluaran Sony!

Percaya atau tidak, Sony akhirnya mengumumkan rupa bentuk konsol Playstation 5 (PS5) versi terbaharu yang penuh bergaya.

Bukan itu sahaja, Sony turut memberi gambaran kepada peminat dengan lebih banyak judul permainan baharu yang akan hadir bersama konsol versi elegan campuran warna hitam dan putih itu.

Antara judul permainan bakal dikeluarkan adalah Resident Evil Village, Project Athia, Hitman III dan Solar Ash.


Selain itu, peminat Grand Theft Auto 5 untuk PS5 bakal berpeluang merasai pengalaman permainan video itu bermula tahun depan.

Sesuai dengan tema yang dibawa ‘The Future of Gaming Show’, reka bentuk konsol yang jauh berbeza dari edisi sebelumnya itu nyata mencetuskan pelbagai andaian peminat tentang harga dan tarikh rasmi keluarannya.

Difahamkan, dua kejutan bakal dibawakan oleh PS5 kali ini iaitu ia bakal menyokong penuh resolusi 4K menerusi pemacu versi mahal, Ultra HD Blu-ray drive.

Juga, barangan elektronik terkemuka itu bakal hadir dalam bentuk Digital Edition (versi digital) yang tidak mempunyai pemacu cakera (disc drive).

Konsol ini juga akan datang secara bersama kamera digital, fon kepala tanpa wayar dan alat kawalan media.

Your first look at the #PlayStation5

A post shared by PlayStation (@playstation) on