PENJUALAN produk terbaharu gergasi teknologi Apple Inc, Iphone 8 pada tahun ini dilaporkan agak kelam sambutannya berbanding pelancaran produk keluarannya sebelum ini.

Dakwa pengkaji produk dari majalah ternama di Amerika Syarikat, Consumer Report, tiga jenis telefon bimbit versi lama keluaran Samsung lebih mendapat perhatian serta hebat prestasinya berbanding keluaran terbaharu Apple ini.

Menurut rating laporan pengguna di New York, Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus dilihat mengungguli carta teratas di tempat pertama dan kedua jika dinilai dari segi prestasi yang ditonjolkan oleh sistem telefon bimbit tersebut.

Manakala Iphone 8 dan Iphone 8 Plus yang dilancarkan pada September lepas hanya mampu menduduki tangga keempat dan kelima, dibawah Samsung Galaxy S7 yang dikeluarkan 18 bulan sebelum ini, menurut laporan yang dipetik dari Daily Mail Online, menerusi majalah Consumer Report.

Tambahnya, ia dilihat pengguna Iphone lebih cenderung untuk membeli dan menggunakan model Iphone 7 berbanding Iphone 8 dan Iphone 8 Plus.