Selamat datang ke #mydigitalmaker Fair 2017.

Pameran inovasi, teknologi dan kreativiti ini bakal diadakan buat julung kalinya bagi meraikan pencapaian pelajar merangkumi pelbagai elemen teknologi digital -- bakal diadakan buat julung kalinya pada 16 dan 17 September depan.

Acara yang dianjurkan bersama Festival Sains Petrosains 2017 ini merupakan hasil kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pendidikan boleh memacu Malaysia ke hadapan dalam era digital.

Pameran yang bakal berlangsung di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai, terutamanya para pelajar, pendidik dan ibu bapa untuk menyertai inisiatif #mydigitalmaker dan belajar mengenai dunia teknologi yang semakin berubah melalui langkah yang menyeronokkan.


Pameran yang bercirikan elemen teknologi digital seperti robotik, pencetakan-3D, augmented reality (AR), realiti maya (VR) dan analisis data ini juga akan mendedahkan para pelajar kepada peluang kerjaya dalam dunia teknologi digital daripada syarikat gergasi teknologi terkenal serta menawarkan peluang kepada pelajar untuk belajar di institusi akademik yang bekerjasama dengan #mydigitalmaker.

Inisiatif #mydigitalmaker yang diterajui oleh MDEC bersama-sama dengan rakan industri dan pelbagai institusi akademik, bercita-cita untuk mendidik anak muda Malaysia tentang peluang kerjaya dalam industri teknologi digital yang semakin berkembang bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kerjaya masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mydigitalmaker.com/