Malaysia menduduki tempat ke-8 di dunia sebagai negara yang paling mesra permulaan di dunia, di hadapan negara ASEAN yang lain.

Menurut Majalah CEOWORLD, kedudukan itu merupakan penilaian tahunan yang dinilai berdasarkan daya saing dan keupayaan negara dalam ekonomi “saintifik dan teknikal” yang tertumpu.

Meskipun jatuh satu anak tangga, namun Malaysia masih lagi boleh berbangga kerana berjaya
meninggalkan Singapura dan China yang menduduki tangga ke 13 dan ke 15.

Manakala, Indonesi berada di tangga yang ke 33 dan Thailand jauh ketinggalan berada di tangga ke 50.

Antara negara yang menduduki tangga lima teratas ialah Amerika Syarikat ditangga pertama, United
Kingdom di tempat kedua diikuti dengan Kanada, Israel dan India.

Penilaian tersebut dilakukan berdasarkan lima kategori iaitu Pelaburan Modal Insan, Penyelidikan Dan Pembangunan, Infrastruktur Keusahawanan, Tenaga Kerja Teknikal, dan Dasar Dinamik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC ), Datuk Yasmin Mahmood mengucapkan Tahniah kepada Malaysia kerana berjaya menduduki tempat kelapan dan meninggalkan pesaing negara Asean yang lain di laman Twitternya .