Gara-gara anak salah kata laluan, iPhone seorang ibu terkunci selama lebih kurang 47 tahun akan datang.

Kanak-kanak berumur dua tahun itu menggunakan telefon bimbit terbabit bertujuan untuk menonton video segmen pendidikan di internet.

Namun tidak dijangka, iPhone itu terkunci daripada bebas sekatan selepas kata laluan yang salah dimasukkan secara berulang.

Perkara ini terjadi di Shanghai apabila seorang ibu pulang ke rumah dan mendapati telefonnya terkunci selama 25 juta minit akibat memasukkan kata laluan yang salah berkali-kali.

Secara umumya mengetahui bahawa setiap kali kata laluan yang salah dimasukkan, telefon pintar akan lumpuh atau tidak boleh diguna untuk beberapa ketika.

Ibu tersebut yang hanya dikenali dengan nama keluarga Lu, telah menunggu selama dua bulan dan tidak menemui sebarang jalan penyelesaian menurut South China Morning Post.

Wei Chunglong, seorang juruteknik yang dijumpai ibu tersebut memberitahu terdapat kes yang mana telefon pintar itu terkunci sehingga 80 tahun akan datang.

“Untuk kes wanita ini, hanya satu cara sahaja jalan keluar (tanpa menunggu) adalah dengan memadam semua data,” kata Wei.