Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) mengariskan empat langkah keselamatan bagi pengguna mengelak menjadi mangsa virus siber Ransomware ''WannaCry''.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata pengguna individu terutamanya harus selalu menyemak dan mengemas kini peranti mereka dengan sistem terkini dan memasang perisian antivirus atau pengesan malware.
"Saya yakin kebiasannya agensi dan syarikat telah mempunyai sistem penapisan keselamatan siber tetapi bagi pengguna individu ia kurang ditititkberatkan tidak kira pada komputer atau telefon pintar.. bila adanya antivirus ia secara langsung bertindak sebagai penapis daripada ancaman serangan siber.
"Selain itu, data-data yang kita anggap penting haruslah kita simpan dalam perkakasan lain seperti dalam cakera keras luaran, pemacu pena ataupun sistem fail awangan (cloud system) supaya bila serangan virus tersebut berlaku, kita ada 'secondary backup'..dan langkah terakhir pula jangan kita sewenang-wenangnya membuka dan 'likes' pautan-pautan tidak kita ketahui asal-usulnya kerana ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Program Santai Mesra Datuk Jailani Johari Bersama Warga Pendidik Hulu Terengganu di sini, pada Jumaat.
Jailani berkata, SKKM kini dalam keadaan bersiap sedia bagi meningkatkan sistem pertahanan dan keselamatan siber negara susulan ancaman virus Ransomware 'WannaCry' yang melanda dunia bermula Jumaat lalu dan terbaharu virus seakan sama iaitu Uiwix di temui di China.
Sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai serangan virus berkenaan di negara ini seperti yang dinyatakan sebuah akhbar tempatan pada 17 Mei lepas.
"Begitu juga dengan satu laporan akhbar dalam talian tentang virus tersebut telah menyerang sebuah institusi akademik negara...kes ini juga dirujuk CyberSecurity Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak kepada SKKM. Walaubagaimanapun, kita sudah arahkan agar sentiasa memantau dan sekiranya masalah tersebut ada dilaporkan, saya tidak ada masalah untuk berkongsi kepada masyarakat.
Rusia dan India merupakan negara yang paling terjejas dengan serangan virus siber ini. Pada 12 Mei lepas, virus yang sama juga menyebabkan hampir seluruh hospital di United Kingdom kehilangan akses kepada data pesakit terutama penyakit-penyakit kronik.
--BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Jailani berkata, SKKM kini dalam keadaan bersiap sedia bagi meningkatkan sistem pertahanan dan keselamatan siber negara susulan ancaman virus Ransomware "WannaCry" yang melanda dunia bermula Jumaat lalu. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan
Sedar tentang risiko serangan siber yang semakin menular, satu program dilancarkan hari ini bagi melahirkan pakar keselamatan siber untuk industri ekonomi digital.
Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet
Semua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
'Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?'
Penggunaan telefon sendiri bagi menghalang panggilan-panggilan dan mesej-mesej yang tidak diingini (unsolicited calls and messages) bukan kaedah terbaik bagi melindungi data peribadi.
Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan kajian untuk mengekang kegiatan ini.
Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani
Pengguna di negara ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dipamerkan di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber.
Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.