Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Sukan

STL bakal kembali September ini

Khabar gembira buat peminat sukan sepak takraw selepas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kejohanan tanpa sentuhan fizikal atau aktiviti sukan bersentuhan dibenarkan mulai 15 Julai. Sehubungan itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail menyatakan kejohanan Sepak Takraw League (STL) yang berlangsung selama 12 minggu itu akan bermula 5 September depan.