Tutup

Video  | Sukan

Litar Sepang kembali 'berderum' dengan dua kejohanan permotoran dunia

Dua kejohanan permotoran dunia bakal menggegarkan litar antarabangsa sepang hujung minggu ini dalam acara 'Races of Malaysia'. Kejuaraan Endurance Dunia, EWC dan Kejuaraan Piala Touring Car Dunia, WTCR akan menampilkan 51 pasukan dari seluruh dunia dari Eropah, Jepun, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia merupakan penganjuran sulung negara dalam acara sebegini yang bakal dibanjiri pelumba dan pemandu profesional bermula 13-15 Disember ini.