Video  | Sukan

Kerjasama Astro dan BAM sasar lahirkan atlet badminton berkualiti

Meneruskan sokongan terhadap pembangunan sukan tempatan, Astro hari ini menandatangani perjanjian strategik dengan Persatuan Badminton Malaysia BAM, sekali gus menjamin kerjasama berterusan badan induk badminton negara itu terhadap program anjuran Kem Badminton Astro. Ia juga satu bentuk sokongan teknikal untuk Astro Junior Championship bawah 15 tahun, yang turut dilancarkan pada Khamis.