Video  | Sukan

Indonesia juara Kejohanan Badminton Astro Junior

Persiapan rapi selama dua bulan membuahkan hasil kepada kelab badminton Exist dari Indonesia yang berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior. Exist menewaskan kelab badminton Anhui Soyu dari China 3-1 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pagi tadi.