Video  | Sukan

Chong Wei pulang ke Malaysia dua, tiga minggu lagi - BAM

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangkakan akan pulang ke Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata rawatan yang diterima Chong Wei Sejak Julai lalu kini sudah sampai peringkat akhir dan ia merupakan pemulihan yang positif.