Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihati pemain muda negara, Lee Zii Jia untuk mendapatkan rehat secukupnya agar beliau boleh kekal fokus ketika perlawanan.
Chong Wei percaya Zii Jia kemungkinan penat dari segi mental sehingga mengganggu fokusnya ekoran kejohanan berterusan bermula awal tahun ini sehingga sekarang.
"Zii Jia bertungkus lumus memang biasa, masa saya umur dia pun saya bertungkus lumus juga. Dari Januari sampai sekarang beliau sertai kejohanan. Dia juga manusia biasa, badan dia boleh tahan tapi mental letih juga. Zii Jia kena rehat dan kaji balik persembahan dia.
"Bila mental penat, tidak boleh fikir dan tidak boleh fokus. Saya dulu ada masalah ini juga. Tidak semua kejohanan boleh tunjukkan prestasi baik," katanya yang sudah berbincang dengan jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan untuk membantu Zii Jia.
Untuk rekod, Zii Jia gagal mempertahankan kejuaraan di Terbuka Taiwan selepas tewas di pusingan kedua kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.
Pemain berusia 21 tahun itu seterusnya akan menyertai Terbuka China di Jiangsu, China pada 17 hingga 22 Sept ini.
Pada masa sama, Chong Wei berharap Zii Jia akan mencapai tahap terbaiknya pada usia 25 tahun seperti dirinya.
"Saya harap pada Sukan Olimpik 2020, Zii Jia boleh dapat pingat tapi jika tidak dapat fokus, mungkin pada tahun 2024. Masa itu beliau sudah matang. Dia kena bantu diri sendiri dan pada masa sama, saya akan kongsi pengalaman saya beraksi di Sukan Olimpik dengan dia," katanya.
Chong Wei merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik di Beijing pada 2008, London (2012) dan Rio de Janeiro (2016).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 10 2019
Chong Wei percaya Zii Jia kemungkinan penat dari segi mental sehingga mengganggu fokusnya ekoran kejohanan berterusan bermula awal tahun ini sehingga sekarang. -Gambar fail
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Zii Jia perlu cukup rehat untuk kekal fokus - Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihati pemain muda negara, Lee Zii Jia untuk mendapatkan rehat secukupnya agar beliau boleh kekal fokus ketika perlawanan.