BECKY Lynch muncul juara bagi Raw dan SmackDown apabila menewaskan dua pencabar, Ronda Rousey dan Charlotte Flair dalam acara WWE WrestleMania 35, di New Jersey pada Isnin.

Nama penggusti sensasi wanita bergelar ‘The Man’ itu meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan lalu untuk menjadi antara bintang terbaik di WWE.

Lynch berjaya menewaskan Rousey yang merupakan bekas juara wanita UFC, meskipun kemenangan itu dipertikai beberapa pihak kerana bahu Rousey dikatakan tidak mencecah lantai semasa kiraan dibuat.

Sungguh pun begitu, pengadil perlawanan tetap mengisytiharkan Lynch sebagai pemenang, sekali gus juara bagi kedua-dua jenama WWE tersebut.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah WWE tiga wanita diletakkan pada acara utama di Wrestlemania.

Bagi gelaran Juara Universal pula, Seth Rollins muncul juara selepas menewaskan penggusti veteran Brock Lesnar.

Perlawanan dimulakan dengan Lesnar melompat ke arah Rollins sambil melancarkan beberapa siri pukulan termasuk balingan ‘Suplex’.

Rollins yang cedera, kemudiannya bangkit dan menumbuk Lesnar di bahagian bawah pinggang, diikuti dengan tiga pukulan ‘Curb Stomp’ untuk memenangi tali pinggang berprestij itu.

Lesnar, yang juga merupakan seorang petarung di UFC, dikhabarkan akan kembali ke Octagon untuk bertemu juara berganda heavyweight dan light heavyweight, Daniel Cormier.

Sementara itu, untuk takhta Juara WWE pula, Kofi Kingston mengalahkan Daniel Bryan menerusi ‘pinfal’ selepas penantian lebih 11 tahun.

Kingston menjadi penggusti lelaki kedua berbangsa Afrika-Amerika untuk meraih gelaran tersebut.

Kemenangan itu disambut dengan sorakan gemuruh dari penonton Stadium MetLife, diikuti rakan-rakannya dari New Day iaitu Big E dan Xavier Woods yang menyerbu masuk gelanggang untuk turut meraikannya.

Berikut merupakan keputusan bagi perlawanan lain dalam acara WWE WrestleMania 35:

Kejuaraan Cruiserweight -- Tony Nese tewaskan Buddy Murphy menerusi pinfall

Carmella juarai Battle Royal Wanita

Kejuaraan Tag Team Raw -- Zack Ryder & Curt Hawkins tewaskan The Revival menerusi pinfall

Braun Strowman menangi ‘Andre the Giant Memorial Battle Royal’

AJ Styles tewaskan Randy Orton menerusi pinfall:

Kejuaraan Tag Team SmackDown -- The Usos tewaskan The Bar menerusi pinfall, Ricochet & Aleister Black dan Rusev & Shinsuke Nakamura untuk kekalkan kejuaraan

Shane McMahon tewaskan The Miz menerusi pinfall

Kejuaraan Tag Team Wanita -- The IIconics tewaskan Boss 'N Hug Connection menerusi pinfall, Beth Phoenix & Natalya dan Nia Jax & Tamina untuk meraih kejuaraan

Kejuaraan Amerika Syarikat — Samoa Joe tewaskan Rey Mysterio menerusi submission untuk kekalkan kejuaraan

Roman Reigns tewaskan Drew McIntyre menerusi pinfall

Triple H tewaskan Batista menerusi pinfall dalam ‘No Holds Barred’

Baron Corbin tewaskan Kurt Angle menerusi pinfall dalam ‘Farewell Match’

Kejuaraan Intercontinental — Finn Balor tewaskan Bobby Lashley menerusi pinfall untuk raih kejuaraan