MANCHESTER City kembali ke puncak liga hasil ledakan Kevin de Bruyne dan Leroy Sane untuk membantu pasukan itu menang 2-0 ke atas Cardiff City di Stadium Etihad pada Rabu.
De Bruyne melepaskan rembatan dari ruang sempit di sebelah kiri kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol Cardiff City, Neil Etheridge seawal minit ke-6 selepas menerima hantaran Aymeric Laporte.
Seminit sebelum tamat babak pertama, Sane pula menyudahkan bola yang diberikan Gabriel Jesus hasil sepakan sudut.
City kini di puncak dengan 80 mata, satu mata dihadapan pencabar terdekat, Liverpool.
Sementara itu, Tottenham Hotspur melakar kemenangan di stadium baharu milik pasukan itu dengan menewaskan Crystal Palace 2-0.
Spurs bagaimanapun perlu menunggu sehingga minit ke-55 dalam babak kedua untuk berada di depan menerusi Heung-Min Son, yang menerima hantaran Christian Eriksen.
10 minit sebelum tamat, giliran Eriksen pula mencetak nama sebagai penjaring di Stadium Tottenham Hotspur.
Kemenangan menyaksikan Spurs kembali ke tempat ketiga liga dengan 64 mata, satu mata dihadapan Arsenal di tangga keeempat yang beraksi kurang satu perlawanan.
Chelsea pula melakar kemenangan 3-0 ke atas Brighton & Hove Albion di Stamford Bridge.
Olivier Giroud menjaringkan gol pertama menerusi hantaran silang Callum Hudson-Odoi pada minit ke-38.
Eden Hazard pula merembat gol kedua dari hujung kotak penalti selepas menerima hantaran Ruben Loftus-Cheek pada minit ke-60.
Tiga minit kemudian, giliran Hazard pula membantu Loftus-Cheek menjaringkan gol untuk the Blues melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Brighton.
Kemenangan menyaksikan Chelsea terus memberi tekanan kepada Manchester United, Arsenal dan Spurs dalam perebutan empat slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Chelsea di tempat kelima dengan 63 mata manakala United keenam dengan 61 mata.
Ian Johan Ariff
Thu Apr 04 2019
Leroy Sane menjaringkan gol kedua Manchester City dengan satu voli kencang menentang Cardiff City pada Rabu. - REUTERS
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0.
Chelsea setuju tanda harga Moises Caicedo
Chelsea dedahkan sudah mencapai persetujuan dengan perjanjian bernilai 115 juta pound untuk menandatangani Moises Caicedo daripada Brighton.
Segalanya serba tidak menjadi buat Liverpool - Henderson
Pasukan kendalian Jurgen Klopp mengalami kekalahan keenam di liga utama musim ini.
Pengurus Spurs, Conte, positif COVID-19
Tottenham mengesahkan bahawa pengurusnya, Antonio Conte, diuji positif COVID-19.
Mental pemain Liverpool lesu - Klopp
Kekalahan ini secara tidak langsung memberikan satu lagi tamparan kepada harapan mereka untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liverpool berhak bergelar juara tetapi tidak perlu penyingkiran - Bloom
Pemilik Brighton, Tony Bloom percaya Liverpool berhak bergelar juara EPL dengan syarat tiada penyingkiran.
Pengurus Arsenal Mikel Arteta positif COVID-19
The Gunners telah menutup pusat latihan mereka dan kakitangan kelab yang berinteraksi dengan Arteta diarahkan untuk membuat kuarantin sendiri.
Brighton teruja terlibat dalam perlawanan terpenting EPL musim ini
Brighton mungkin menjadi penentu Manchester City atau Liverpool yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kompany mahu City abaikan konteks hari penentuan Liga Perdana
Menentang Brighton adalah perlawanan terpenting musim ini buat Manchester City.
Kebangkitan Liga Juara-Juara lebih bernilai berbanding trofi - Klopp
Jurgen Klopp percaya aksi hebat Liverpool menundukkan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah lebih bernilai berbanding menjulang trofi.