Bekas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal dalam misi memburu gelaran kedua sebagai pemain profesional selepas Thailand Masters minggu lalu apabila tewas dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, pada Sabtu.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, 18-21, 22-24, dalam pertarungan 37 minit itu.
Bekas pasangan nombor satu dunia itu mengambil keputusan untuk bergelar profesional selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 5 Jan lalu.
Dalam pada itu, Wee Kiong menyifatkan gandingan Indonesia itu mempunyai kelebihan dalam aspek ketangkasan selain mempunyai taktikal permainan baik yang sukar diatasi.
"Dalam perlawanan pantas, mereka menampilkan aksi yang baik serta teknik pukulan agak mengelirukan," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui mereka boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik pada saingan tersebut jika tidak melakukan banyak kesilapan.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara,Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bakal berdepan laluan getir bertemu dengan pasangan Indonesia itu di pentas final esok.
Ee Yi-Yew Sin melangkah ke final apabila terpaksa berhempas pulas selama 44 minit sebelum menewaskan beregu senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 21-6, 18-21, 21-19 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Yew Sin, bagaimanapun, mengakui lawan dari Indonesia itu adalah gandingan yang cukup mantap namun akan memberikan tentangan yang sengit bagi melakukan kejutan sebagai pemain bukan pilihan.
"Bagi saya peluang sama rata, kami akan bermain habis-habisan," katanya.
Dalam pada itu, pemenang emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China mengambil masa 49 minit untuk menempah slot final dalam acara perseorangan lelaki apabila menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada saingan separuh akhir.
Chen Long merakamkan kemenangan ke-12 ke atas pemain Denmark itu dalam14 pertemuan dengan kemenangan straight set 21-13, 21-18.
Chen Long, pemain ranking keempat dunia, akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho pada final.
Pemain Korea itu mendapat laluan percuma ke pentas final apabila pemain profesional negara, Liew Daren menarik diri akibat kecederaan tapak kaki kiri sebelum perlawanan separuh akhir.
Sebagai rekod, Chen Long memenangi 11 daripada 14 pertemuan dengan Son sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 19 2019
Pemain beregu lelaki negara Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong beraksi menentang lawannya dari Indonesia Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2019 di Axiata Arena Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.
MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.
"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak
Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.
Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.