Setelah empat bulan tanpa sebarang kejohanan susulan pandemik COVID-19, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya menganjurkan Kejohanan Jemputan BAM, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, minggu depan.
Pemain terbaik negara berpeluang menguji prestasi masing-masing setelah lama tidak berada di pentas pertandingan pada kejohanan pertama dianjurkan secara dalaman.
Kejohanan berkenaan diadakan berdasarkan format round-robin dan dibahagi kepada dua peringkat.
Peringkat pertama diadakan pada 5-8 Ogos, menyaksikan enam pemain pelapis perseorangan lelaki negara berentap merebut dua tempat teratas dalam Divisyen 2, untuk layak ke peringkat seterusnya.
Divisyen 1 pula dijadualkan pada 11-16 Ogos menyaksikan lima kategori membabitkan 52 pemain senior, termasuk lapan pemain profesional turut bertanding dalam kejohanan berlangsung selama enam hari itu.
Bagaimanapun, kejohanan berkenaan berlangsung tanpa penonton, namun beberapa perlawanan pilihan akan disiarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi BAM, @BA_Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata kejohanan berkenaan dapat mendedahkan pemain kepada pertandingan selepas menjalani latihan pemulihan selama dua bulan (untuk pemain di bawah program Road to Tokyo) dan kumpulan kedua pemain negara.
Katanya, kejohanan itu juga memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan kembali daya saing mereka dan bermain di bawah tekanan.
"Kejohanan ini adalah platform yang mewujudkan persekitaran tekanan tinggi dan mendorong pemain ke tahap yang lain kerana mereka akan menentang rakan sepasukan yang tahu gaya permainan mereka dengan baik.
"Tekanan akan dirasai beberapa pemain yang mahu mempertahankan status mereka manakala ada juga yang mahu mencipta kejutan dan mencipta nama. Ini semua tahap tekanan yang berbeza-beza. Kami mahu membentuk pemain yang tidak terjejas dengan tekanan," katanya dalam satu kenyataan.
Choong Hann berkata dalam kategori perseorangan lelaki, dibahagikan kepada dua divisyen kerana terdapat 12 pemain dengan setiap pemain bermain keseluruhan 11 perlawanan, sama seperti bermain dua perlawanan berturut-turut.
Hampir semua kejohanan antarabangsa dibatalkan sejak Mac lepas serta tiada kejohanan tempatan dibenarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020
Wong Choong Hann berkata, kejohanan itu juga memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan kembali daya saing mereka dan bermain di bawah tekanan.- Gambar fail/REUTERS
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Tiga pemain digugurkan daripada ABM
Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.
ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.
Aaron-Wooi Yik telah tampil aksi sebenar di separuh akhir - Rexy Mainaky
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah.
Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain
Katanya, peraturan tersebut sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Justin boleh jadi pengganti Chong Wei - Misbun
Justin disifatkan Misbun sebagai pemain terbaik pernah dibimbingnya sepanjang beliau mengemudi kem perseorangan remaja sebelum ini.
Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.
Sze Fei-Hon Jian sasar kelompok 50 terbaik dunia tahun ini
Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei menyasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia bersama pasangan baharunya Choong Hon Jian.
Legenda mungkin bersama skuad negara pada kejohanan - Presiden BAM
Buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.
Zii Jia puji persekitaran latihan ABM, terbaik di Malaysia
Pemain badminton profesional utama negara Lee Zii Jia menganggap persekitaran dan kualiti latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, kekal yang terbaik di negara ini.