KEJAYAAN bangkit menumbangkan Argentina dan merantai Lionel Messi dalam kempen Piala Dunia di Russia memberikan Perancis kepercayaan untuk mengungguli temasya itu, menurut kapten Hugo Lloris.

Perjuangan juara Piala Dunia itu mungkin berakhir dalam pusingan 16 ketika mereka ketinggalan 1-2 kepada finalis edisi 2014, Argentina.

Messi dan rakan-rakannya memimpin perlawanan dalam setiap babak sebelum rembatan kencang Benjamin Pavard untuk gol penyamaan serta jaringan kemenangan Kylian Mbappe membolehkan Perancis mara 4-3.

Ia adalah satu-satunya detik yang menakutkan oleh skuad kendalian Didier Deschamps itu sebelum mereka merintis laluan menjulang trofi berkenaan dengan mengetepikan Uruguay, Belgium dan Croatia untuk gelaran Piala Dunia kedua.

Penjaga gol Tottenham Hotspur, Lloris, berkata emosi cemas dalam tugasan kalah mati pertama itu menyemarakkan semangat pasukannya.

"Kami mengatasi Argentina yang mempamerkan aksi terbaik... selain kehadiran Messi," kata Lloris kepada Omnisport.

"Ia membuatkan kami sedar bahawa kami berpotensi untuk pergi jauh. Setiap perlawanan adalah sukar tetapi kami melakukannya dengan baik.

"Kami dapat berasakan pasukan ini berkobar-kobar untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Sejak perlawanan itu, kami menghadapi cabaran demi cabaran sehinggalah kemenangan terakhir.

"Setiap perlawanan adalah sukar tetapi kami melakukannya dengan baik."