SKUAD bawah 18 negara mara ke final Kejohanan AFF 2019 selepas menewaskan Indonesia 4-3 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Binh Duong, Bandaraya Ho Chi Minh sebentar tadi.

Gol jaringan Harith Haiqal pada minit ke-98 masa tambahan membantu skuad bawah 18 tahun negara mara ke perlawanan akhir kejohanan itu.

Dalam perlawanan yang penuh aksi itu, skuad bimbingan Brad Maloney yang pada awalnya terikat dengan jaringan 3-3 selepas 90 minit perlawanan, dan terpaksa berhempas-pulas dalam permainan masa tambahan.

Di sebalik keletihan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga sehingga ke wisel penamat sebelum keputusan memihak kepada skuad negara untuk mara ke perlawanan akhir.

Dalam perlawanan akhir, Malaysia akan menanti keputusan separuh akhir kedua antara skuad bawah 18 tahun Australia dan Myanmar.