Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong awei akui tidak sabar untuk kembali ke gelanggang selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.

Perkara itu didedahkan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Instagram miliknya.

BACA: Chong Wei selamat tiba selepas jalani rawatan barah


“Melawat sang juara hari ini. Beliau sudah kembali dari rawatan kanser enam minggu di Taiwan.

“Beliau hilang 5 kilogram berat badan. Beliau perlu menguatkan sistem imun.” Tulis Khairy.

Berita tentang rawatan kanser Chong Wei sebelum ini disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekaligus mengejutkan negara malah komuniti sukan itu di arena antarabangsa.

Chong Wei pulang ke Malaysia pada Ahad lepas dan keluarganya meminta untuk diberi masa dan ruang kepada hero negara itu.

BACA: Kanser tidak halang keghairahan Chong Wei - Norza

BACA: Semua keputusan di tangan Chong Wei