Kejayaan skuad negara meraih tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa pada Sukan SEA ke-30 di sini nyata pencapaian yang membanggakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pencapaian itu sekali gus memberi gambaran bahawa skuad negara masih mempunyai bakat pelapis yang bakal bersinar pada masa hadapan selepas persaraan Datuk Lee Chong Wei.
"Kalau kita lihat, ketiga-tiga pingat emas yang disumbangkan hari ini (Isnin) adalah daripada pemain muda dan berharap mereka ini akan terus cemerlang di pentas antarabangsa," katanya di sini.
BACA: Beregu lelaki raih emas selepas 16 tahun
BAM sebelum ini hanya menyasarkan pingat emas dan pada hari terakhir saingan hari ini, skuad negara merangkul emas menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, S Kisona serta beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Skuad badminton negara ketika edisi 1975 di Bangkok turut meraih tiga emas, masing-masing menerusi acara perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019
Mohamad Norza (depan, tengah) bergambar kenangan bersama skuad badminton negara pada Sukan SEA 2019 di Kompleks Sukan Muntinlupa di Manila, 9 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024.
Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10
Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan pada Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini.
Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024
Antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang.
Wooi Yik cedera, beregu lelaki tarik diri Badminton Terbuka Perancis
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri sebelum memasuki gelanggang pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2023 sebentar tadi.