KETUA jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek, mengakui status 'underdog' yang dilabel kepada Datuk Lee Chong Wei menjadi faktor utama kejayaan jaguh perseorangan negara itu menjejakkan kaki di pentas akhir saingan Siri Super Final di Dubai, malam ini.
Chong Wei mencipta sensasi apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan-ho, 21-17, 12-17 dalam aksi separuh akhir, awal pagi tadi.
Ia sekali gus membolehkan pemain nombor dua dunia itu menghampiri gelaran kelima kejohanan apabila bertemu juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, untuk penentuan kejuaraan.
"Seperti yang saya cakap sebelum ini, Chong Wei adalah 'underdog', setidak-tidaknya 'underdog' dengan usia dan pengalaman.
"Dia bertungkus-lumus untuk sampai ke final. Dia telah kalah pada awalnya tetapi bangkit semula untuk mencapai prestasi yang sangat cemerlang ketika ini," kata Misbun ketika ditemui dalam perlawanan akhir Kejohanan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2017 di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, hari ini.
Kejohanan B-12 yang dilangsungkan selama tiga hari itu merupakan anjuran bersama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) dan dimenangi Sabah yang cemerlang menewaskan Kelantan 3-0.
Mengulas mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan ketua jurulatih wanita negara, Tey Seu Bock, yang mengiringi Chong Wei ke kejohanan itu, Misbun memberitahu: "Itu saya tidak pasti lagi.
"Buat masa sekarang, kami berada di landasan yang ada, jadi kami mengharapkan sesuatu yang positif daripada perseorangan lelaki.
"Kami perlu cari pemain berkaliber sehebat Chong Wei," katanya.
Astro Arena
Sun Dec 17 2017
MISBUN mengakui status 'underdog' yang dilabel kepada Datuk Lee Chong Wei menjadi faktor utama kejayaan jaguh perseorangan negara itu. - Gambar fail Bernama
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Tiada lagi 'pangkat' senior dan junior dalam skuad kebangsaan - Norza
Pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.
Piala Thomas: Jun Hao sedia pikul tugas perseorangan utama negara
Beliau yakin pengalaman diraih ketika edisi 2022 di Bangkok dapat membantu dalam saingan di Chengdu pada 27 April hingga 5 Mei ini.