KELAB penyokong Chelsea, Soljabiru semakin menghampiri kejuaraan sulung Liga Fantasi Bual Bola AWANI apabila mendahului carta dengan 73 mata.

Soljabiru mengumpul 6,374 mata daripada 37 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi tiga pasukan mereka, The Blues Blasters, Halifax Town dan Blues FC.

Manchester City Malaysia (MCM) menduduki tempat kedua dengan 6,301 mata menerusi wakil mereka MCM Cyberjaya, MCM Langkawi dan MCM Tuaran.

Arsenal Malaysia kekal di tempat ketiga dengan 6,182 mata, diikuti kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia (ARM) dengan 6,069 mata di tempat keempat.

ARM sebelum ini pernah berada di kedudukan tercorot liga, namun tempat itu kini dihuni kelab penyokong Manchester United, MyManUtd, dengan 5,785 mata.

Kutipan itu hanya kurang satu mata di belakang kelab penyokong Tottenham Hotspur, Malaysia Spurs yang berada di tempat kelima.

Bagi kategori individu, pasukan The Blues Blasters yang dikendali pengurusnya, Che Shamshida Nasir mengungguli carta dengan 2,231 mata.

Che Shamsida yang kekal konsisten dengan kutipan mata setiap minggu, berada 13 mata di hadapan pencabar terdekat MCM Cyberjaya yang diuruskan Afis Mape.

Wakil ARM, Nik Irsham menduduki tempat ketiga carta individu dengan 2,192 mata.

Liga fantasi ini akan berakhir selepas wisel penamat perlawanan EPL terakhir musim ini ditiup pada Ahad.

Berikut kedudukan penuh Liga Fantasi Bual Bola Astro AWANI.

1. Soljabiru

The Blues Blasters - 2231
Halifax Town - 2161
Blues FC - 1982
JUMLAH - 6,374

2. Manchester City Malaysia

MCM Cyberjaya - 2218
MCM Langkawi - 2092
MCM Tuaran - 1991
JUMLAH - 6,301

3. Arsenal Malaysia

Play For Fun - 2073
Ah Zan FC - 2059
Ozil FC - 2050
JUMLAH - 6,182

4. All Reds Malaysia

ARM Kaki Langgar FC - 2192
ARM Pasemboq FC - 1946
ARM Mek Mung Mek Aku FC - 1931
JUMLAH - 6,069

5. Malaysia Spurs

Hemo Hemo - 2008
Cap Ayam - 1909
TH Master - 1869
JUMLAH - 5,786

6. MyManUtd

Sidchan Power Kan? - 2044
Return of The King - 1930
Siti Kasim - 1811
JUMLAH - 5,785