SEPUPU kepada juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Abubakar Nurmagomedov bakal membuat penampilan sulungnya di UFC, Ahad ini.
Petarung kelahiran Dagestan itu akan berdepan David Zwada dari Jerman dalam acara UFC Fight Night 163 di Moscow, Rusia.
Bertarung dalam divisyen welterweight, atlet bergelar 'Dagestani Gangster' itu menyertai UFC dengan rekod profesional MMA, 15-2-1.
Abubakar, 29, sebelum ini bertarung dalam promosi Professional Fighters League (PFL), yang dahulunya dikenali sebagai World Series of Fighting (WSOF).
Mula bergiat dalam pro-MMA sejak 2011, dia pernah aktif dalam sukan gusti sambo dan pernah memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia Combat Sambo pada 2014.
Kini, Abubakar dilaporkan sudah bersedia untuk beraksi di UFC, lebih-lebih lagi apabila acara itu bakal diadakan di tanahairnya sendiri.
Haider Yutim
Fri Nov 08 2019
Abubakar (kiri), sebelum ini bertarung dalam promosi Professional Fighters League (PFL). - Foto Instagram/@abubakar_nurmagomedov
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Sepupu Khabib, Abubakar Nurmagomedov buat penampilan sulung di UFC Ahad ini
Sepupu kepada Khabib Nurmagomedov iaitu Abubakar Nurmagomedov bakal membuat penampilan sulungnya di UFC, Ahad ini.