Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mahu menganggu 'privacy' jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga pemain itu sendiri bersedia tampil menjelaskan perkembangan terkini.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sekali lagi mengulangi ruang peribadi Chong Wei perlu dihormati dan berharap tiada pihak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu emosi pemain itu ketika ini.
"Saya akan melawat beliau (Chong Wei) di rumah dan berbincang dengan Chong Wei mengenai tindakan seterusnya. Kami hormat 'privacy' (beliau) dan keluarganya ketika ini. Sudah pasti selepas mendapat persetujuan Chong Wei, kami akan berikan maklum balas menerusi sidang media.
"Kita akan terus menyokong Chong Wei dan menghormati setiap keputusan yang dibuat. Paling penting adalah mahu melihat beliau pulih seperti sedia kala," katanya ketika dihubungi Bernama.
Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan dan dibenarkan pulang ke tanah air oleh doktor yang merawatnya di Taiwan pada Ahad.
Chong Wei juga memberi balas pada Ahad, akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat dan meminta pihak media hormati ruang peribadinya ketika ini.
Mengulas mengenai pemain muda perseorangan, Lee Zia Jia yang menamatkan kemarau 14 tahun merangkul kejuaraan Terbuka Taiwan pada Ahad, Mohamad Norza berkata ia adalah satu percapaian cemerlang tetapi perlu konsisten dari semasa ke semasa.
Kemenangan itu belum cukup untuk menyifatkan BAM sudah jumpa pengganti Chong Wei kerana masih banyak cabaran yang perlu dilalui seseorang pemain untuk kekal konsisten.
"Pertama sekali, tidak boleh dinafikan ia satu kejayaan cemerlang diraih Lee Zii Jia apabila menjuarai Terbuka Taiwan. Beliau masih muda, beri masa kepada dia untuk mengembangkan kariernya. BAM tidak mahu memberikan tekanan kepadanya.
"Kejayaan itu memberikan sinar baharu dalam arena badminton negara. Ini adalah perkembangan positif prestasi pemain muda. Pemain pelapis semakin serius dalam menuju matlamat mereka," katanya.
Kali terakhir Malaysia menjuarai Terbuka Taiwan pada 2004 menerusi Chong Wei. Dua lagi pemain perseorangan yang memenangi kejohanan sama adalah Datuk Misbun Sidek (1987) dan Wong Choong Hann (2003).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (kanan) sekali lagi mengulangi ruang peribadi Chong Wei perlu dihormati. - Gambar fail/BERNAMA
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.