RAHEEM Sterling memuji semangat Manchester City selepas mereka mara ke final Piala FA di sebalik persembahan yang kurang memberangsangkan ketika mengatasi Brighton and Hove Albion.

City meraih kemenangan 1-0 dalam aksi separuh akhir di Wembley menerusi tandukkan Gabriel Jesus, tetapi mereka gagal mempamerkan persembahan yang cemerlang hampir sepanjang permainan.

Sterling mengakui Brighton menyukarkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), yang masih dalam landasan untuk merangkul empat gelaran, dan gembira di atas kemenangan ini.

"Brighton bermain dengan cemerlang. Mereka menghadirkan masalah kepada City menerusi situasi bola mati dan cuba bersaing sepanjang permainan," kata Sterling.

"Ia membuktikan semangat yang kami pegang bagi memastikan kemenangan diraih dalam perlawanan ini.

Cabaran City seterusnya dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Tottenham dalam perlawanan suku akhir pertama Selasa ini dan Sterling mahu memberikan tumpuan penuh untuk pertembungan tersebut.

"Ia adalah tumpuan seterusnya buat City. Ia adalah perlawanan yang penting bagi kami buat masa ini."