Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memastikan segala keperluan pasukan kebangsaan untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 diutamakan.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe kini berada dalam posisi selesa di kedudukan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.
Hanya Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berada di kedudukan keempat liga dengan enam mata memiliki kelebihan satu perlawanan sementara pendahulu Vietnam unggul dengan 11 mata diikuti Thailand di kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot selepas lima perlawanan.
Timbalan Presiden FAM merangkap pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi jaminan skuad Harimau Malaya akan dipersiapkan di tahap maksimum dengan segala elemen diperlukan barisan kejurulatihan diletakkan sebagai keutamaan.
"Kita (FAM) akan berjumpa dengan beliau (Cheng Hoe) hujung tahun ini untuk beliau membentangkan pelan perancangan pasukan. Selain itu kita meminta beliau tampil dengan cadangan untuk bagaimana memperbaiki dan memperkuatkan pasukan kebangsaan.
"FAM akan memberikan sokongan lebih daripada 100 peratus. Selagi permintaan Tan Cheng Hoe itu bukan bulan dan bintang, insyaAllah kita akan bagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Rakan Kongsi Luar Biasa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata Cheng Hoe sebelum ini mahukan perlawanan pemanas badan menentang pasukan dari Asia Barat di sana sebagai persediaan menghadapi dua aksi berdepan UAE di Dubai dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil masing-masing pada 26 dan 31 Mac tahun depan
"Idea beliau adalah untuk mengadakan perlawanan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berlawan dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawanan bulan Mac depan.
"Kalau satu perlawanan (persahabatan) tidak cukup, beliau (Cheng Hoe) mahukan dua, kita akan beri dua perlawanan," jelasnya.
Pada masa sama, Mohd Yusoff berkata pasukan kebangsaan sekurang-kurangnya perlu mendapatkan empat mata daripada dua perlawanan tersebut dengan tiga mata wajib diraih ketika menentang Vietnam untuk mencerahkan peluang layak secara automatik ke Piala Asia 2023.
"Empat mata akan meletakkan kita berada dalam kelompok empat pasukan terbaik di kedudukan kedua. Kalau kita berjaya melakukan sesuatu di Bangkok Jun depan, ia satu bonus. Ini sasaran kita," katanya.
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, namun sudah hampir 30 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 14 2019
Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi jaminan skuad Harimau Malaya akan dipersiapkan di tahap maksimum dengan segala elemen diperlukan barisan kejurulatihan diletakkan sebagai keutamaan. - BERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.