PENGURUS Sevilla, Jorge Sampaoli yang dikaitkan bakal mengambil alih Barcelona musim hadapan mendedahkan impiannya untuk bekerjasama dengan Lionel Messi.

Barcelona kini dalam perancangan mendapatkan pengendali baharu bagi musim hadapan dan Sampoli dilihat calon yang terbaik untuk menggantikan Luis Enrique.

Jika bekas jurulatih Chile itu mendapatkan tugas tersebut, beliau akan berpeluang untuk bekerjasama dengan pemain Ballon d'Or lima kali, Messi -- sesuatu yang diimpikannya.

"Impian saya adalah untuk mengendalikan Messi setiap hari," kata Sampaoli.

"Dia seorang pemain yang unik. Saya tidak akan melepaskan peluang jika dapat bekerjasama dengan pemain terbaik di dunia."

Messi mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 25 gol ketika Barca ketinggalan dua mata kepada musuh seteru, Real Madrid yang berada di takhta liga dengan kelebihan satu perlawanan.

Bintang Argentina telah menjaringkan 41 gol dalam semua pertandingan musim ini.