Tonga akhirnya berjaya mencipta kemenangan pertama dalam Piala Dunia Ragbi 2019 selepas membenam Amerika Syarikat (AS) 31-19 dalam perlawanan final Pool C pada Ahad.

Perlawanan yang mengambil tempat di Osaka itu turut memberi mata tambahan kepada pasukan bimbingan Toutai Kefu.

Dalam pada itu, pasukan the Eagles yang gagal merekod sebarang kemenangan dalam 10 pertemuan terakhir menyertai Rusia apabila menamatkan kejohanan tanpa sebarang kutipn mata.

Kapten Tonga, Siale Piutau nyata berpuas hati apabila try pada momen terakhir oleh Telusa Veainu menjelang minit ke-81.

Lebih manis lagi apabila kutipan mata akhir itu dibuat pada hari jadi Piutau yang ke-34 sebelum dinobatkan Man of The Match.

Terdahulu, AS disulami momen kekalahan yang memalukan dalam tiga perlawanan sebelum ini, 7-45 kepada England, 9-33 kepada Perancis dan 17-47 kepada Argentina.