REAL MADRID 3 GETAFE 1

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol yang ke-300 dalam saingan LaLiga ketika menewaskan Getafe 3-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Gareth Bale membuka jaringan seawal minit ke-24 sebelum Ronaldo meledak gol yang ke-300 sebelum tamat separuh masa pertama, menjadikan dirinya orang kedua selepas Lionel Messi melepasi rekod tersebut dalam saingan domestik di Sepanyol selepas beraksi dalam 286 perlawanan.

Getage meraih sepakan penalti pada minit ke-65 yang disempurnakan oleh Francisco Portillo untuk kembali ke dalam perlawanan, tetapi Ronaldo memastikan kemenangan Real apabila mencetak gol yang kedua dalam perlawanan pada penghujung permainan.

Kemenangan ini menjadi mereka tujuh mata di belakang penghuni tangga kedua LaLiga, Atletico Madrid, yang berdepan Barcelona, malam ini.