Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang menyumbang pingat perak kepada Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada awal pagi Khamis.

"Anda telah lakukan yg terbaik Chan Peng Soon dan @gohliuying. "Berjaya ke final dan raih pingat perak adalah pencapaian yg baik! Tahniah! #Rio2016," kata Najib menerusi laman Twitter beliau.
Pasangan negara itu tewas 14-21 dan 12-21 kepada beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir, dalam perlawanan akhir yang mengambil masa 45 minit.