PERJUANGAN skuad badminton negara dalam gelanggang Rio 2016 terus menjadi tumpuan seluruh negara apabila beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke peringkat akhir.

Netizen berkongsi ucapan di laman Facebook rasmi Astro AWANI bagi memberi sokongan dan semangat kepada Peng Soon-Liu Ying yang akan berhadapan dengan regu Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir malam ini.

Kebanyakan netizen berterima kasih kepada pasangan negara yang mencatat sejarah serta menyeru agar mereka berusaha sehabis baik.

Apa ucapan semangat anda buat Liu Ying & Peng Soon?

Peminat sukan negara turut mahu mereka menyingkir segala rasa gentar dan berhadapan dengan pihak lawan dengan penuh yakin di pentas sukan paling berprestij.

Dalam perlawanan separuh akhir, pasangan negara menumpaskan seteru mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, 21-12 dan 21-19.



Netizen beri semangat kepada beregu campuran negara - Foto Facebook/Astro AWANI

BACA: Keterujaan Peng Soon dan Liu Ying, rakyat Malaysia bangga dalam sebak

BACA: PM ucap tahniah kejayaan beregu campuran badminton negara mara ke final