Pemain tenpin boling negara, Rafiq Ismail dipilih pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018 dengan 52.04% undian. ‪

Rafiq mengatasi pemain remaja badminton negara, Goh Jin Wei yang mendapat tempat kedua dengan 17.16% undian, jaguh berbasikal trek Azizulhasni Awang, 12.78% di tempat ketiga. ‪

Dua lagi atlet yang berada dalam senarai top 5 adalah atlet olahraga para, Ridzuan Puzi di tempat ke-4 dengan 11.37% dan atlet bina badan, Syarul Azman Mahen Abdullah, 6.65% undian. ‪

Pencapaian cemerlang Rafiq, 22, sepanjang 2018 adalah juara Kejohanan Boling Dunia di Hong Kong, emas Sukan Asia Indonesia (masters lelaki) dan pingat perak Sukan Asia (trio lelaki).

Undian dibuat oleh peminat menerusi platform digital Astro Arena, yang mewakili 40% menyaksikan Rafiq mendominasi dengan 44.5%.

Baki 60% undian pula dibuat oleh pengamal media dan persatuan sukan kebangsaan.

Edisi kedua AJNA mencatat rekod baharu apabila lebih 40 ribu peminat mengundi dalam semua platform digital Astro Arena sepanjang kempen selama tiga minggu, bermula 26 Disember 2018.