ROGER Federer mengakui dia telah melepaskan peluang dan melakukan kesilapan apabila tersingkir daripada Pusingan Akhir ATP selepas tewas kepada Stefanos Tsitsipas.

Bintang Switzerland itu tewas 6-3, 6-4 di London, merampas hanya satu daripada 12 break-point yang diraih untuk tewas dalam aksi separuh akhir selepas menundukkan Novak Djokovic dua hari lalu.

Ini bermakna Federer bakal menamatkan tahun ini tanpa memenangi sebarang kejuaraan utama, aksi final bakal menyaksikan Dominic Thiem dan Tsitsipas.

Federer bakal berusia 39 tahun pada 2020, dia bagaimanapun membincangkan mengenai musim dia melepaskan dua mata kejuaraan ketika aksi final Wimbledon, namun kekal optimis bahawa peluang menantinya untuk memenangi kejohanan akan datang.

"Tidak diragui, saya memiliki peluang," kata Federer.

"Saya gagal merampas break points, itu merupakan sebahagian daripada kesilapan yang dilakukan.

"Lawan berjaya mencuri set dan gagal melakukan dua pukulan smash dalam satu perlawanan -- perkara ini sudah lama tidak berlaku, jadi ia agak sukar untuk diterima.

"Di tahap ini, anda tidak boleh membenarkannya berlaku, jadi ia amat mengecewakan.

Mengenai harapannya pada tahun depan, Federer berkata, "Saya perlu kekal bermain di tahap yang sama kemudian saya akan menghasilkan lebih banyak peluang.

"Saya perlu menjaga kondisi badan saya, memantau setiap petanda, bekerja dengan sebaik mungkin bersama pasukan dalam memastikan keseimbangan mengenai setiap perkara yang berlaku dalam hidup saya."

Federer mempamerkan persembahan terbaik ketika menyingkirkan Djokovic dalam pusingan round-robin dan optimis bakal menempuhi satu lagi musim ATP tahuan hadapan.

Dia berkata, "Saya sangat gembira dengan permainan saya. Saya cuba untuk bermain secara konsisten, permainan yang mantap dan teruja untuk menghadapi musim akan datang."