Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Selasa merasmikan bangunan baru mereka yang memberikan keluasan tambahan 200,000 kaki persegi kepada ibu pejabat mereka, 'AFC House' di Bukit Jalil di sini.
Majlis perasmian itu disempurnakan Presiden Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino dan Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dalam satu majlis dihadiri anggota Jawatankuasa Eksekutif AFC serta Presiden dan Setiausaha Agung dari seluruh 47 ahli Persatuan di bawahnya (MA).
Dibina atas pembiayaan dana 'Forward FIFA', bangunan baru itu diharapkan dapat menguatkan lagi harapan AFC, melalui Visi dan Misi, untuk memberikan perkhidmatan sokongan dengan kecekapan lebih baik kepada MA di bawahnya.
Shaikh Salman berkata sejak memulakan operasinya pada November 2017, bangunan baharu dengan hub moden dan dinamik untuk pembangunan bola sepak telah mengubah cara penyampaian banyak program AFC untuk MAnya.
"Pelaburan pembinaan bangunan baharu ini menggariskan komitmen kami untuk menyampaikan objektif tersebut. Bagi pihak keluarga bola sepak Asia, saya harus menyampaikan penghargaan kami kepada FIFA atas kemurahan hati mereka serta Kerajaan Malaysia atas dedikasinya untuk pembangunan bola sepak Asia selama beberapa dekad ini.
"Dengan memupuk perkembangan belia, pembangunan akar umbi dan bola sepak wanita serta pembangunan jurulatih berkualiti dan pegawai berkemahiran, saya yakin bahawa AFC House yang baharu dan bertambah baik akan membolehkan MA kami mencapai tahap kecemerlangan baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Infantino berkata bangunan moden yang baharu adalah selaras dengan matlamat AFC sebagai sebuah organisasi moden dan progresif, menumpukan kepada pembangunan masa hadapan.
"Saya gembira berada di sini untuk perasmian bangunan baru 'AFC House'. Saya melawat bangunan asal ketika mula dibuka dan sudah kagum dengannya pada masa itu.
"Ia merupakan satu kebanggaan untuk berada di sini, menjadi sebahagian daripada perasmian ini dan melihat bola sepak Asia dan global bergerak membangun secara seiring," katanya.
Bangunan baru ini termasuklah sebuah padang bola sepak tiruan yang baharu, gimnasium, kolam pemulihan, bilik persalinan, lima bilik mesyuarat serta sebuah auditorium 182 tempat duduk, yang telah menjadi tempat untuk pelbagai persidangan, seminar dan bengkel, dan undian pertandingan AFC yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Bangunan itu juga menyediakan ruang istirahat khas dan bilik mesyuarat jawatankuasa eksekutif AFC yang baharu serta tempat letak kereta bawah tanah untuk kakitangan dan pelawat selain kafeteria baru.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 30 2018
Antara kemudahan baru dalam AFC House termasuk sebuah padang bola sepak tiruan yang baharu, gimnasium, kolam pemulihan, bilik persalinan, lima bilik mesyuarat serta sebuah auditorium 182 tempat duduk. Foto The Asian Football Confederation
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.