Sandaran untuk meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik bukan semata-mata diletakkan kepada sukan badminton malahan merangkumi beberapa acara sukan lain, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
"Selain badminton, beberapa jenis sukan telah dikenal pasti sebagai acara sukan yang mampu untuk menyumbang pingat emas kepada negara seperti berbasikal trek, terjun dan karate-do," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan bual-bicara 'Ruang Bicara' terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini pada Rabu.
Menurut Ahmad Shapawi, sebelum ini Malaysia bergantung kepada sumber yang terhad untuk menghadirkan pencapaian yang membanggakan kepada arena sukan negara dalam Sukan Olimpik.
"Jika sebelum ini kita hanya nampak sukan badminton sahaja. Ini bukan bermakna kita (MSN) menidakkan sumbangan badminton. Sekarang ini kita ada dalam sukan terjun contohnya, Chong Jun Hoong berjaya memecah dominasi penerjun China dalam acara individu. Begitu juga dalam sukan berbasikal,kita ada Azizulhasni (Awang) yang mampu mencipta kejutan," katanya.
Ahmad Shapawi berkata tahun 2019 menjadi tahun penting bagi semua atlet walaupun hanya ada temasya Sukan SEA kerana mereka perlu melayakkan diri secara merit atau mengumpul mata kelayakan untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo.
"Melalui penstrukturan semula program latihan atlet, atlet-atlet yang telah diletakkan dalam Tier 1 dan 2, mereka sekarang ini perlu melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Setakat ini dua pelayar negara telah melayakkan diri melalui pencapaian di Sukan Asia, manakala bagi lain-lain atlet, tahun hadapan adalah tahun kelayakan ke Olimpik dan mereka mesti melepasi had kelayakan," kata beliau.
Dua atlet sukan pelayaran yang telahpun layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo ialah Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Abdul Latif.
Sementara sukan karate turut diletakkan sebagai sandaran pingat emas memandangkan acara berkenaan akan dipertandingkan buat pertama kali dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Malaysia sudah memiliki tiga atlet dalam kelompok 10 terbaik dunia iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan dalam kategori kumite, serta Lim Chee Wei dan Celine Lee Xin Yi untuk kategori kata.
Untuk rekod, pada 30 Okt lepas, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan Program Podium akan distruktur semula secara holistik yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh MSN.
Program baharu itu menggunakan pendekatan sistem berperingkat iaitu fleksibiliti dalam pemilihan atlet serta pelaksanaan program dapat dibuat secara efisien dan penetapan sasaran lebih mudah dilaksanakan.
Melalui program baharu itu, Tahap 1 untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik; Tahap 2 (Sukan Asia, Para Asia dan Sukan Komanwel); Tahap 3 (Sukan SEA dan Para Asean) dan Tahap 4, merangkumi sukan yang tidak dipertandingkan di mana-mana temasya sukan berdasarkan prestasi di pentas antarabangsa seperti bina badan.
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta pada Belanjawan 2019 yang dikhususkan kepada persiapan atlet menuju ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 27 2018
Ahmad Shapawi berkata tahun 2019 menjadi tahun penting bagi semua atlet walaupun hanya ada temasya Sukan SEA. - Gambar fail/BERNAMA
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti.
Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis
Pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak dibuat secara terbuka, melalui kerjasama semua pihak berkepentingan tanpa sebarang prejudis.
Nicol atlet istimewa, pencapaiannya satu fenomena - Mohamad Norza
Pelbagai kejayaan diraih, antaranya merangkul tiga pingat emas Sukan Dunia, lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel sepanjang 20 tahun penampilannya, menjadikan Nicol seorang atlet istimewa.
Pingat emas pertama Olimpik bukan disandarkan kepada badminton sahaja
Sandaran untuk meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik bukan semata-mata diletakkan kepada sukan badminton malahan merangkumi beberapa acara sukan lain.