Di sebalik kejayaan dilakar Melaka United dalam dua musim berturut-turut, penyokong setia pasukan Hang Tuah itu dilihat menjadi antara tulang belakang dan memainkan peranan penting dalam menjulang kemenangan itu.
Muncul juara Liga FAM 2015 dan merangkul gelaran Liga Premier tahun ini, gelaran itu sekali gus menamatkan kemarau trofi 33 tahun skuad Sang Kancil dalam saingan tertinggi bola sepak tempatan selain kembali menempatkan diri dalam Liga Super 2017.
Lebih manis, kesetiaan penyokong bersama pasukan kesayangan mengharungi Liga Malaysia berbaloi apabila turut menerima Anugerah Penyokong Terbaik pada Anugerah Bola sepak Kebangsaan 2016, baru-baru ini.
Bagi Lekir Ahmad selaku capo atau ketua yang memimpin Ultras Taming Sari (UTS), kejayaan yang diukir itu membuktikan Melaka United berjaya keluar daripada 'zaman kegelapan' selepas lima tahun berada di liga bawahan.
"Sokongan UTS terhadap Melaka United tidak pernah terhenti meskipun pasukan ini pernah berhadapan pelbagai cemuhan dan penghinaan ketika beraksi selama lima tahun dalam Liga FAM," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama malam tadi selepas tamat perlawanan persahabatan pramusim antara Melaka United menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Hang Tuah di sini, menyaksikan keputusan seri 1-1.
Sepanjang 90 minit perlawanan, Lekir, 37, bersama kumpulannya terus bersemangat menyanyikan lagu beriringan dengan paluan dram serta kain rentang gergasi bagi memberi semangat kepada pemain Melaka United yang beraksi di padang.
Beliau yang mengetuai UTS dari 2011 berharap penyokong skuad hijau putih tidak berputus asa untuk terus menyokong di kala pasukan itu menang atau kalah dan terus setia bersama jatuh bangunnya pasukan Melaka United.
Dalam pada itu, Lekir berkata usaha pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) untuk melaksanakan langkah penswastaan kelab bola sepak negeri supaya lebih terurus dan efisien, adalah satu tindakan wajar dan tepat.
Katanya, keputusan MUSA bertukar kepada Melaka United Football Club (MUFC) pada tahun hadapan dilihat bakal memberi imej baharu dalam langkah penstrukturan semula pasukan bola sepak itu.
"Usaha ini dilihat amat baik untuk memastikan pasukan ini terus cemerlang pada saingan pentas liga tempatan dan antarabangsa dengan pengurusan bola sepak yang lebih efisien dan mampu memenuhi spesifikasi ditetapkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)", katanya yang juga merupakan capo bagi Ultras Malaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016
Kesetiaan penyokong bersama pasukan kesayangan mengharungi Liga Malaysia berbaloi apabila turut menerima Anugerah Penyokong Terbaik pada Anugerah Bola sepak Kebangsaan 2016. - Bernama
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Penyokong setia antara tulang belakang kejayaan Melaka United
Di sebalik kejayaan Melaka United dalam dua musim berturut-turut, penyokong setia pasukan Hang Tuah itu dilihat menjadi antara faktor penting.