Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menegaskan pemain profesional perlu memahami polisi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) setelah mereka membuat keputusan keluar daripada badan induk sukan itu.
Mohamad Norza berkata menerusi perbincangan dengan dua beregu negara iaitu Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) sebelum ini, pihaknya telah memberikan penerangan yang jelas implikasi yang perlu dihadapi pemain berkenaan.
"Bila keluar BAM, mereka bersetuju diberi layanan sebagai pemain bebas. Mereka sebenarnya ada peluang untuk pergi lebih jauh, cari penaja untuk meneruskan karier mereka dalam situasi yang tidak terlalu tertekan.
"Perkara ini telah dipersetujui oleh keempat-empat pemain yang keluar. Kami membenarkan mereka bermain sebagai bebas kerana kami beranggapan dengan reputasi mereka, mereka akan dapat penaja dengan lebih senang.
"Mereka juga boleh berusaha ke Sukan Olimpik dengan persediaan sendiri dan kurang tekanan. V Shem-Wee Kiong bersama kita selama 17 tahun Peng Soon-Liu Ying 15 tahun, cuba bayangkan berapa banyak pelaburan yang telah BAM laburkan kepada mereka," katanya.
Katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Ahli Majlis BAM di Axiata Arena, KL Sports City di sini.
Peng Soon-Liu Ying sebelum ini meminta BAM pertimbangkan permohonan mereka untuk berlatih di Akademi Badminton Malaysia (BAM) sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Mohamad Norza menjelaskan secara purata BAM telah melaburkan RM500,000 setiap pemain bagi dua beregu tersebut sejak dua tahun lalu.
Kini jumlah perbelanjaan itu dapat dibelanjakan kepada pembangunan pemain muda yang berada di bawah naungan BAM.
"Tetapi kami mengiktiraf dan menghargai bekas beregu kita, mereka adalah penyumbang pingat Sukan Olimpik rata-rata. Mereka mahu berusaha untuk raih slot Sukan Olimpik dengan cara mereka sendiri, BAM beri mereka kebebasan itu.
"BAM tidak beri kebebasan itu kepada pemain lain kerana pemain muda di BAM belum menyumbang kejayaan besar kepada negara," katanya.
Dalam pada itu Mohamad Norza berkata pemain bebas itu juga dimaklumkan sekiranya mereka layak ke Sukan Olimpik, mereka akan dipanggil dalam skuad kebangsaan dalam persiapan rapi ke temasya berprestij itu.
"Kedua, sekiranya ada panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan, Piala Sudirman, Piala Thomas, Sukan SEA, Sukan Asia mereka akan bersama BAM. Yang lain mereka perlu akur dengan polisi yang ditetapkan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 19 2019
NORZA berkata, Pemain profesional perlu memahami polisi BAM setelah mereka membuat keputusan keluar daripada badan induk sukan itu.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.