Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengumumkan penajaan bagi tempoh empat tahun untuk atlet terjun Olimpik negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.
Tajaan itu bermula pada 2016 sehingga temasya Olimpik akan datang pada 2020 di Tokyo.
"Nur Dhabitah dan Pandelela ialah wira negara, negara tertumpu pada aksi mereka di Rio tahun ini. Mereka mempamerkan kerja keras, fokus dan keazaman tinggi untuk mencapai kecemerlangan.
"Saya fikir bagi staf kami, mereka merupakan contoh kejayaan besar dan kami berbesar hati dapat dikaitkan dengan mereka.
"Saya tidak sabar untuk mengikuti pencapaian dan cabaran mereka dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam sasaran mereka untuk meraih pingat emas pada Tokyo 2020," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew dalam kenyataan dikeluarkan pada Selasa.
Penajaan empat tahun itu meliputi tiket penerbangan pergi-balik untuk kelas bisnes dalam rangkaian perkhidmatan di Malaysia, tajaan kewangan bagi program latihan dan perjalanan mereka ke Olimpik Tokyo 2020.
Pandelela, yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong, meraih pingat pertama untuk Malaysia pada Sukan Olimpik Rio apabila mereka memenangi pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita manakala finalis 10m platform individu, Nur Dhabitah, yang pertama kali beraksi dalam temasya Olimpik menduduki tempat kesembilan dan Pandelela di tempat ke-11.
Nur Dhabitah dan Jun Hoong menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara 3m papan anjal seirama. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 20 2016
Nur Dhabitah (kiri) dan Pandelela ialah wira negara yang mempamerkan kerja keras, fokus dan keazaman tinggi untuk mencapai kecemerlangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew. - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Wujud 'budaya toksik' di bawah Zhuliang, punca kontrak tidak dilanjutkan
Zhuliang membenarkan budaya dan persekitaran itu merebak sehingga mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan kepada atlet