Esok merupakan hari penentuan sama ada bintang tinju dunia, Manny Pacquiao mampu merampas gelaran juara welterweight dunia WBA dari penyandangnya, Lucas Matthysse selepas hampir setahun tidak beraksi.
Kedua-dua petinju itu hari ini berjaya memperoleh berat badan yang diperlukan pada acara 'weigh-in' yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dan mereka bakal berentap dalam kejohanan 'Fight of Champions' di ibu negara, Ahad ini.
Pacquiao, 39 tahun, dari Filipina mencatat berat badan 66.2 kilogram manakala juara bertahan, Matthysse dari Argentina mencatat berat badan 66.5 kilogram.
Axiata Arena bakal menjadi medan 'pertarungan antara juara' yang merupakan perlawanan tinju terhebat selepas kali terakhir diadakan pada Julai 1975 di antara Muhammad Ali dan Joe Bugner.
Pacquiao, satu-satunya juara dunia lapan divisyen, muncul kembali selepas gagal mempertahankan tali pinggang apabila tewas dengan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lalu.
BACA: Manny Pacquiao janji aksi penuh bertenaga, Matthysse tak gentar berentap idola sendiri
Selain pertarungan 'Pacquiao vs Matthysse', petinju muda negara Theena Thayalan juga akan beraksi dalam kejohanan tersebut menentang peninju dari India, Siddharth Ravindra Varma.
Theena, 20 tahun, pernah mengejutkan penonton tahun lalu apabila menumbangkan lawannya dari Indonesia, Yudi Hartanto dengan mengambil masa 25 saat.
Sementara itu, seorang lagi petinju negara iaitu Aiman Abu Bakar turut akan beraksi esok, dan bakal berdepan petinju Indonesia, Abdi.
Aiman, 26 tahun, pernah menjadi pemain bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan suatu ketika dahulu sebelum menceburkan diri dalam sukan tinju.
Haider Yutim
Sat Jul 14 2018
Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse pada acara 'weigh-in' di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Astro AWANI
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Aiman mahu kibarkan Jalur Gemilang di Las Vegas
Peninju profesional Malaysia, Aiman Abu Bakar yang meraih gelaran di laman sendiri hari ini, berazam mahu mengibarkan Jalur Gemilang di gelanggang utama tinju dunia di Las Vegas.