ONE Esports, siri kejohanan e-sukan di bawah organisasi MMA terbesar Asia, ONE Championship bakal menganjurkan acara pertamanya di Tokyo, Jepun pada Oktober ini.
Menurut satu kenyataan pada Ahad, kejohanan 'ONE TEKKEN Tokyo Invitational' dan 'ONE Street Fighter Tokyo Challenge' akan diadakan pada 5 dan 6 Oktober sempena acara ke-100 ONE Championship pada 13 Oktober nanti.
"Setiap pertandingan akan memberi peluang kepada ahli-ahli komuniti e-sukan tempur untuk bersaing dengan sembilan pemain terbaik dalam format 3 lawan 3," kata kenyataan tersebut.
Selain itu, ONE Esports juga akan menganjurkan Dota 2 World Pro Invitational pada 20 hingga 22 Disember di Singapura, dan ONE Dota 2 Jakarta World Pro Invitational will be held at ICE BSD on pada 17 hingga 19 April , 2020 di Jakarta, Indonesia.
"Setiap 'Invitational' akan menyaksikan pasukan profesional Dota 2 terbaik dunia bersaing untuk hadiah terkumpul berjumlah AS$500,000 (RM2.06 juta)," katanya kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, ONE Championship turut menamakan Carlos Alimurung sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) ONE Esports.
Sebelum menyertai ONE Esports, Carlos pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perniagaan untuk Battlefy, iaitu sebuah platform pertandingan terbuka e-sukan terbesar di dunia.
Beliau memikul tanggungjawab P & L (untung dan rugi), dan pasukannya mengendalikan penjanaan pendapatan, pembangunan perniagaan, pemasaran, dan media sosial.
"Peluang untuk membina perniagaan e-sukan bernilai berbilion dolar di Asia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup. DNA ONE Championship adalah meraikan kisah yang memberi inspirasi dan wira, yang akan memainkan peranan penting dalam memperkayakan keseluruhan ekosistem di rantau ini; pemain profesional, pemaju permainan, liga, penganjur, agensi negara, dan jenama.
"Pasukan ini sangat kuat, dan saya teruja untuk menyerapkan idea dan tenaga mereka untuk melaksanakan strategi kami," katanya.
ONE Esports yang diumumkan pelancarannya pada November 2018, merupakan inisiatif ONE Championship dalam membantu mengembangkan lagi industri ‘sukan milenial’ itu di Asia.
Ia merupakan kerjasama di antara organisasi itu dengan Dentsu Inc dari Jepun, serta syarikat gaming Razer dan syarikat telekomunikasi Singtel dari Singapura.
E-sukan merupakan sukan yang berkembang pesat dan dimainkan oleh jutaan peminat di seluruh dunia, di mana pertandingan-pertandingan e-sukan telah pun mendapat penerimaan arus perdana.
Malah, sukan ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu mengangkat e-sukan ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau juga berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia, yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda terutama sekali bidang komputer.
Haider Yutim
Mon Jul 29 2019
ONE Esports merupakan inisiatif ONE Championship dalam membantu mengembangkan lagi industri sukan milenial itu di Asia. - Gambar fail/REUTERS/AP
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
ONE Esports bakal anjur acara pertama di Tokyo
ONE Esports, siri kejohanan e-sukan di bawah organisasi MMA terbesar Asia, ONE Championship bakal menganjurkan acara pertamanya di Tokyo, Jepun pada Oktober ini.