Pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2014.

Dalam perlawanan suku akhir di Pusat Skuasy Hong Kong, hari ini, pemain Malaysia berasal dari Pulau Pinang itu menewaskan pemain Hong Kong, Joey Chan untuk menempah tempat ke perlawanan separuh akhir.

Nicol mendapat laluan mudah dalam usahanya menjadi juara buat kali kesembilan dalam kejohanan itu apabila memenangi perlawanan berkenaan secara straight set , 11-8, 11-4 dan 11-3 dalam tempoh 27 minit.

Beliau akan berhadapan Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat yang mengalahkan pemain Perancis, Camille Serme, 11-5, 1-11, 11-7 and 11-3 dalam masa 37 minit pasa satu lagi perlawanan suku akhir.

Untuk rekod, Nicol telah menjuarai Terbuka Hong Kong sebanyak lapan kali pada -- 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.