Pemain E-Sports, Muhammad Zarif Aiman Aris memasang impian untuk muncul juara pada Kejohanan Dunia International ESports Federation (IESF) ke-10 di Kaohsiung, Taiwan, bermula esok hingga 13 Nov ini.
Mengakui belajar daripada kesilapan, Muhammad Zarif, 19, tekad bangkit memperbaiki kedudukan kelapan terbaik dunia yang diraih tahun lalu, kepada gelaran juara kategori Tekken 7 kali ini.
"Ini penampilan kedua saya di Kejohanan Dunia. Pengalaman lepas banyak mengajar saya supaya tidak mudah hilang fokus dan tidak boleh cepat berputus asa, ia menjejaskan permainan saya.
"Tahun lepas setelah dikalahkan pemain Filipina yang merupakan juara Tekken 7, saya akui kecewa sehingga kecundang ke tempat kelapan. Saya kaji kelemahan saya dan mungkin kali pertama mewakili negara, saya gugup.
"Kali ini saya lebih yakin dan dengan latihan yang cukup, saya harap dapat memberi saingan lebih kompetitif dan tidak akan mudah mengalah," katanya kepada pemberita di Auditorium Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini hari ini.
Muhammad Zarif berkata beliau mula berkecimpung dalam permainan Tekken 7 sejak berusia 13 tahun.
Terdahulu, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia mengadakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Malaysia yang akan bertanding di Kejohanan Dunia itu.
Selain Muhammad Zarif, pasukan Malaysia turut dibarisi Darius Yap Jian Han, Caleb Rao, Jason Wei Beh Jern, Vince Ng Chee Chuen dan Jordan Tan Jiu Ming, yang mengambil bahagian dalam kategori League of Legends.
Aiman Azham, Shamir Aliff Saifu Khalish, Rusyaidee Nordin, Ashraf Firdaus Kamaruzaman dan Azim Shaharudin pula bertanding dalam kategori Global Offensice (CS:GO).
Pertandingan berkenaan adalah acara tahunan yang diadakan di peringkat antarabangsa semenjak 2009.
Sejak menyertai pertandingan itu dari 2010, Malaysia berjaya mendapat tempat kedua dunia untuk Tekken pada 2012 dan tempat keempat dunia bagi FIFA Online 2010.
Malaysia secara konsisten mendapat tempat kelapan teratas keseluruhan, yang menyaksikan saingan melibatkan lebih 40 negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018
Peserta-peserta negara yang menggalas cabaran pada Kejohanan Dunia International ESports Federation (IESF) bergambar selepas Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil IESF di Auditorium Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000
Perlawanan tersebut akan berlangsung secara dalam talian dan 'offline' di pusat beli-belah KL Gateway pada Sabtu dan Ahad ini.
MPL Invitation 2021: Tanda pagar #IndoPride Bergema selepas ONIC Esport ID dinobat juara
Pada pusingan akhir, mereka berjaya mengecewakan pasukan dari Filipina, Blacklist International dan dinobatkan juara.
16 pasukan lengkap buruan kejohanan dunia Mobile Legends M3
Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pastinya akan menjanjikan kelainan buat para penonton dari seantero dunia.
Geek Fam: Xorn-Dominus sehati sejiwa
Jom kita dekati dua pemain dari Geek Fam iaitu Xorn dan Dominus.
MPLMYS8: Bosskurr vs Geek Fam. Sejarah lama akan berulang atau sejarah baharu akan tercipta?
Adakah anda peminat MLBB sudah bersedia untuk MPLMYS8 mingggu kedua?
Fahami semua 'synergy' dan corak permainan musuh - Pakar Magic Chess
Anak kelahiran Termeloh, Pahang ini, tidak pernah menjangkakan dia akan menjadi seorang pemain pro untuk Magic Chess.
Luqman Haziq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3'
Pemain e-sukan Muhammad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai GBX.LuqmanHzq, muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3' yang berakhir semalam.
Kemuncak Malaysia e-Sports Series bermula, RM100,000 jadi rebutan
Hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 menjadi rebutan bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu PUBGM, FIFA 21 dan Mobile Legend Bang Bang.
KBS mahu pembangunan e-sukan dinikmati di seluruh negara - Syed Saddiq
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pembangunan sukan elektronik (e-sukan) dapat dinikmati bersama, di setiap peringkat di seluruh negara.
Belanjawan 2020: Kerajaan peruntuk RM20 juta cari jaguh kandungan digital
Langkah itu diambil susulan sektor berkenaan telah dikenal pasti antara sumber yang mampu menjana nilai ekonomi.