PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Mousa Dembele berhijrah ke China selepas kelab itu bersetuju untuk menjual pemain itu kepada Guangzhou R&F dengan nilai £11 juta (RM58.4 juta).

Dembele, 31 tahun sepatutnya menyertai Beijing Guoan, namun perjanjian gagal dicapai antara kelab dan pemain, sekali gus menyaksikan Guangzhou menyambar pemain antarabangsa Belgium itu.

Kontrak Dembele bersama Tottenham akan tamat pada musim panas ini dan penghijrahan ke China menjadi pilihannya kerana gaji yang amat lumayan selain kurang cabaran berbanding liga-liga di Eropah.

Dembele menyertai Tottenham dengan bayaran £15 juta dari Fulham pada 2012, gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Mauricio Pochettino musim ini.

Selepas 22 perlawanan, Dembele hanya membuat 13 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.