Pasukan Mobile Legends Singapura Idonotsleep (IDNS SG) terus mendominasi dalam pusingan upper bracket Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia & Singapura 2018 selepas menewaskan Mysterious Assassin (MyA) dengan kemenangan tipis 2-1.
Pemain marksman IDNS SG, Lim 'Ly4ly4ly4' Yang berkata, pasukannya mempunyai kelebihan dalam memilih dan ban hero.
"Saya rasa MyA seperti tidak tahu untuk ban hero apa dan kami mampu dan berkeyakinan untuk memilih hero kami.
"Namun pada perlawanan kedua, MyA menang dan mereka memperbaiki pemilihan mereka dengan memilih hero tank Grock dan Lolita. Itu punca kami kalah pada pusingan kedua," katanya kepada Astro AWANI selepas tamat perlawanan INDS SG dan MyA pada petang tadi,
Lim Yang berkata, IDNS SG terus menggunakan strategi pemilihan hero yang lain pada pusingan ketiga.
"Pada pusingan ketiga kami memilih hero 'signature' pasukan IDNS SG, iaitu hero support Estes yang mampu mengembalikan tahap nyawa hero-hero lain.
"Pemilihan Estes memang tidak mensia-siakan. Kami selalu menggunakan Estes sebelum ini dan pernah memenangi satu kejohanan di Sabah kerana hero ini. Jadi Estes boleh dikatakan pemilihan hero 'trademark' kami," tambahnya.
Sepanjang pusingan saringan MPL, IDNS SG tidak pernah menggunakan Estes berikutan skil hero tersebut dilemahkan sebelum liga tersebut bermula.
"Kekuatan Estes dipertingkatkan semula berdasarkan kemas kini sistem permainan Mobile Legends, maka ia pemilihannya sangat wajar dilakukan seiring dengan meta (Strategi Paling Efektif) yang dipilih."
Menerusi kemenagan ke atas MyA, IDNS terus layak ke final MPL.
Kejohanan MPL berlangsung sejak semalam sehingga Ahad menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM230,000 (AS$ 60,000).
Mariah Ahmad
Sun Apr 15 2018
IDNS SG dilihat mempunyai kelebihan dalam pemilihan hero kegemaran seperti Estes ketika bertarung menentang MyA. - Foto Facebook / Mobile Legends
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Juara MPL Mobile Legends: Kali ini Malaysia punya?
MPL Malaysia dan Singapura kembali untuk musim kedua dengan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM399,000.
Mobile Legends: IDNS SG juara MPL, bawa pulang RM110,000
INDS SG yang membelasah pasukan senegara, Tyrants 3-0 pada final Liga Profesional Mobile Legends.
Mobile Legends: IDNS kembali guna hero 'signature' Estes paksa MyA ke lower bracket
IDNS SG dilihat mempunyai kelebihan dalam pemilihan hero kegemaran seperti Estes ketika bertarung dalam pusingan upper bracket menentang MyA.
MPL: Badi kerusi merah?
Berikutan kekalahan Team Eksdi, MyA III, MCB dan Lourve SG ada dalam kalangan peminat yang membuat andaian lucu mengenai punca keempat-empat pasukan tersebut tewas.