Bintang sukan seni mempertahankan diri Malaysia yang semakin meningkat naik, Jihin Radzuan (4-0) dijadualkan bertemu petarung dari Filipina Gina “Conviction” Iniong (7-4) pada perlawanan ONE: CLASH OF LEGENDS yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand.

Ini merupakan kali pertama Jihin bertanding di luar negara, pada acara ONE: CLASH OF LEGENDS yang akan diadakan di Impact Arena, pada 16 Februari 2019.

Bagaimanapun lawannya pada malam itu, adalah saingan yang sangat kuat bagi petarung yang diberi jolokan nama “Shadow Cat” itu. Iniong dijangka membawa pengalaman serta kemahiran versatil yang dipelajarinya daripada beberapa pemain juara dunia sewaktu berlatih di gim Baguio City ke perlawanan itu.

Namun, pada masa yang sama, pemain dari Filipina itu perlu berhati-hati dengan aksi dan prestasi yang ditonjolkan Jihin sepanjang tahun pertamanya bersama ONE Championship.

Pemain yang berasal dari Johor itu mempamerkan pelaksanaan permainan yang sempurna dan merekodkan kemenangan besar menentang Puja Tomar dari India; pemain Indonesia, Priscilla Hertati Lumban Gaol dan terbaharu, Jenny “Lady GoGo” Huang di acara ONE: DESTINY OF CHAMPIONS.

Malah, anak didik Akademi Ultimate MMA itu tidak menunjukkan sebarang kesukaran ketika berdepan ketiga-tiga lawan, malah, turut menjadi salah seorang atlet ONE Championship yang meningkat naik.

Sebelum ini, pemain itu pernah menamakan Jomary Torres sebagai lawan idealnya, selain berhasrat untuk memanjangkan rekod kemenangan sempurnya pada perlawanan yang bakal berlangsung di ibu kota Thailand itu.

Setakat ini, sebanyak enam perlawanan sudah diumumkan untuk acara itu.

Selain daripada acara utama bagi Kejuaraan Dunia ONE Super Series Muay Thai Bantamweight, terdapat juga perlawanan untuk kategori Muay Thai dan seni mempertahankan diri campuran.

Antaranya, kemunculan semula Emilio “The Honey Badger” Urrutia yang akan menentang Yoshiki Nakahara darI Jepun dalam perlawanan seni mempertahankan diri campuran kategori featherweight.

Manakala. Elipitua Siregar dari Indonesia akan cuba mempertahankan kemenangannya ketika menentang Liu Peng Shuai dalam pertempuran strawweight.

Berikut adalah barisan perlawanan untuk ONE: CLASH OF LEGENDS setakat ini. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat dalam masa terdekat.

Nong-O Gaiyanghadao VS Han Zi Hao – Kejuaraan Dunia ONE Super Series Muay Thai Bantamweight
Kongsak P.K. Saenchaimuaythaigym VS Alaverdi Ramazanov – Perlawanan Muay Thai bantamweight
Dae Hwan Kim VS Shuya Kamikubo – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran bantamweight
Mark Fairtex Abelardo VS Daichi Takenaka – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran bantamweight
Jo Nattawut VS Samy Sana – Perlawanan Muay Thai featherweight
Gina Iniong VS Jihin Radzuan – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran atomweight wanita
Emilio Urrutia VS Yoshiki Nakahara – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran featherweight
Elipitua Siregar VS Liu Peng Shuai – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran strawweight