BEKAS juara dunia lightweight di UFC dan Bellator MMA, Eddie Alvarez telah pun melupakan kekalahannya di pentas ONE Championship pada Mac lalu.
Walaupun tewas pada perlawanan pertamanya, misi 'The Underground King' untuk bergelar juara lightweight di ONE Championship masih menjadi keutamaan.
"Saya tewas, tidak ada masalah. Saya melakukan perkara yang sama di UFC (tewas pada pertarungan pertama UFC di tangan Donald Cerrone) and secara jujurnya saya hampir tewas juga pada pertarungan pertama untuk Bellator (ketika menentang Greg Loughran)" kata Alvarez kepada BJPenn.com Radio.
Alveraz mempunyai sejarah yang kurang baik pada setiap pertarungan pertamanya. "Saya hanya perlu melepasi cabaran ini dan selepas ini saya terus menang dan akan menjadi juara", tambah Alvarez.
Petarung seni bela diri campuran (MMA) dari Amerika Syarikat itu telah pun mengalihkan fokus kepada pertarungan seterusnya.
Alvarez bakal menentang bekas juara dunia dua kali di ONE Championship bagi divisyen lightweight, Eduard Folayang.
Pertarungan itu dijadualkan berlangsung pada acara ONE: Dawn of Hereos di Manila, Filipina pada 2 Ogos nanti.
"Dia lawan yang sukar, petarung yang boleh bertahan lama", kata Alvarez yang tidak mahu memandang rendah pada lawannya.
"Saya tahu tentang kekuatan Wushu kerana saya berlatih dengan Zabit (Magomedsharipov) dan beberapa petarung lain dari Rusia yang datang ke (New) Jersey untuk berlatih bersama, mereka semua ada latar belakang Wushu.
"Jadi ia satu seni yang baik apabila digunakan pada MMA," kata Alvarez lagi.
Sebagai rekod, Folayang mempunyai latar belakang Wushu yang sangat baik.
Dia pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan Asia tahun 2006 dan 2002, pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Wushu 2005.
Alvarez sedar pertarungannya menentang Folayang bukanlah mudah, lebih-lebih lagi pertarungan itu dijadualkan berlangsung di negara kelahiran Folayang, Filipina.
"Saya tidak pernah mahukan pertarungan yang mudah. Keinginan saya hanyalah untuk memenangi kejuaraan di ONE Championship.
"Dan lelaki ini (Folayang) telah memenanginya bukan sekali, tetapi dua kali," tegas Alvarez yang yakin akan membawa pulang kemenangan nanti.
Kedua-kedua Alvarez dan Folayang gagal pada pertarungan terakhir mereka. Alvareas tewas di tangan Timofey Nastyukhin manakala Folayang pula tewas kepada Shinya Aoki.
Hilmi Ismail
Wed Jun 19 2019
Alvarez sedar pertarungannya menentang Folayang bukanlah mudah, lebih-lebih lagi pertarungan itu dijadualkan berlangsung di negara kelahiran Folayang, Filipina. - Foto Instagram/@ealvarezfight/@the.landslide
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Bellator 263: Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov lebarkan rekod tanpa kalah 13-0
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya menerusi kemenangan ke-13 berturut-turut dalam acara Bellator 263, sebentar tadi.
'Khabib sudah 100% bersara... terima kasih untuk segalanya, sahabatku' - Dana White
Presiden UFC Dana White mengesahkan bahawa juara lightweight Khabib Nurmagomedov sudah bersara sepenuhnya dari sukan MMA.
UFC 257: Apa selepas ini buat Poirier dan McGregor?
Selaras dengan status sebagai organisasi terbesar dunia yang mempromosikan sukan seni bela diri campuran (MMA), UFC memulakan tahun 2021 dengan begitu baik.
UFC Singapura: Ben Askren yakin dapat tumpaskan Demian Maia
UFC Fight Night 162 bakal menyaksikan pertembungan di antara bekas juara welterweight Bellator dan ONE, Ben Askren dengan jaguh jiu-jitsu dari Brazil, Demian Maia.
Pertarungan Ben Askren vs Demian Maia membosankan? Ini reaksi Aksren
Bekas juara welterweight Bellator MMA dan ONE Championship, Ben Askren dilaporkan bakal bertarung dengan Demian Maia.
KO 5 saat: 'Lutut terbang' memang strategi Masvidal buat Askren
Nama Jorge Masvidal semakin disebut-sebut susulan kemenangannya ke atas Ben Askren melalui tendangan lututnya pada Ahad ketika acara UFC 239.
MMA: Eddie Alvarez sudah 'move on', mahu fokus kepada Eduard Folayang
Bekas juara dunia lightweight di UFC dan Bellator MMA, Eddie Alvarez telah pun melupakan kekalahannya di pentas ONE Championship pada March 2019.