BARCELONA 1 ATLETICO 0

Diego Simeone memuji kualiti bintang, Lionel Messi, serta mengakui sukar untuk Atletico Madrid mengulangi kejayaan pada musim 2013-14.

Messi menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti untuk memberikan kemenangan Barcelona ke atas pencabar terdekat mereka dalam saingan Laliga untuk terus memacu takhta liga dengan kelebihan lapan mata.

Ia merupakan gol yang ke-600 dan ia telah dicetak dalam aksi penting dalam usaha mereka kembali muncul juara LaLiga.

Simeone menyifatkan keputusan perlawanan di Nou Camp mungkin berubah jika Messi berada dalam pasukannya.

"Messi seorang pemain yang istimewa, dia telah mengubah perlawanan ini," kata Simeone.

"Jika kami ambil Messi dan bermain untuk kami, Atletico pasti menang 1-0 dalam perlawanan ini.

"Ia merupakan perlawanan yang seimbang. Tetapi kami gagal melakukan percubaan dengan baik.

Tewas buat kali kedua selepas 27 aksi musim ini, peluang Rojiblancos untuk mengulangi kejayaan merangkul takhta LaLiga semakin tipis.

"Kami perlu berusaha untuk seiring dengan Real Madrid dan Barcelona yang mendominasi LaLiga sejak 14 tahun yang lalu.

"Kami berjaya melakukannya pada 2013-14 dan sukar untuk mengulanginya."