Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah pihak terhadap kegagalan pasukannya pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
Skuad bimbingannya yang dibarisi antara pemain muda terbaik negara mempamerkan prestasi hambar, hanya mengumpul empat mata daripada empat perlawanan, malah diaibkan Kemboja 1-3 sekali gus gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Kegagalan itu menyaksikan pelbagai kritikan dilempar terhadap prestasi barisan pemainnya selain turut mempertikaikan penggunaan formasi 3-4-3 dalam pasukan kendaliannya.
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.
"Tiada masalah dari segi formasi kita, hanya segelintir 'so called' pembaca dan pemberita sukan yang mempertikaikan di mana saya percaya mereka ini banyak bercakap serta inginkan publisiti," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.
Pasukan kebangsaan di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe menerapkan formasi 4-3-3 yang merupakan formasi asas DNA bola sepak Malaysia dipanggil 'Cara Malaysia' yang dilancarkan Julai lepas.
BACA: Terima kasih, Ong Kim Swee ...
BACA: Taktikal bukan punca kegagalan - Kim Swee
Skuad Harimau Malaya mempamerkan prestasi cemerlang menerusi corak formasi itu, namun formasi 3-4-3 digunakan Kim Swee turut berjaya menghasilkan permainan berkualiti serta melakar kemenangan membanggakan termasuk kejayaan menundukkan Korea Selatan 2-1 di temasya Sukan Asia 2018.
"Ketika kita menang dalam kejohanan yang lepas dengan sistem yang sama ia tak dipertikaikan. Jadi ini semua sesuatu hanya nak menimbulkan beberapa isu apabila pasukan tewas dan ia kebiasaan yang akan berlaku.
"Bagi saya tiada masalah dengan formasi sama ada 3-4-3 atau 4-3-3 atau apa jua formasi," jelas Kim Swee.
BACA: Sukan SEA: Skuad B-22 pulang awal, selepas tewas 3-1 menentang Kemboja
BACA: Hari suram buat negara di Sukan SEA, hanya tiga emas, pasukan bola sepak pulang awal
Temasya Sukan SEA 2019 di Filipina adalah tugas terakhirnya bersama skuad B-22 negara selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya yang berakhir hujung tahun ini.
"Untuk 10 tahun atau 5 kali edisi Sukan SEA banyak pengalaman saya lalui di mana ini pendedahan pengalaman cukup baik. Manis...pahit yang dapat saya pelajari," tambah Kim Swee.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 06 2019
Kim Swee ketika sidang media selepas tiba dari Sukan SEA Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, 5 Dis, 2019. -fotoBERNAMA
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Kim Swee nasihat elak tekan pemain bawa pulang pingat, fokus setiap perlawanan
Kim Swee melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival itu.
Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.
FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.
Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.
Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.
B-22: Keupayaan bermain di posisi berbeza keutamaan Kim Swee
Fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.
Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.